Pages

Saturday, January 22, 2011

TENIS 1

SEJARAH PERMAINAN TENIS

Pada abad ke 11, sejenis permainan dikenali sebagai jen de paume, yang paling hamper dengan tennis kini, dimainkan buat kali pertama di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dalam permainan itu disalutkan dengan benang dan berbulu manakala pemukulnya hanyalah tangan manusia. Ia dimainkan antara seorang dengan seorang yang lain. Kedua-dua pemain ini akan mengulangi perbuatan memukul bola dengan tangan antara satu dengan lain sehingga ia terjatuh.



Permainan ini diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke-13. Di Britain mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke beberapa negara Eropah yang lain. Raket bertali mula diperkenalkan kali pertama dalam abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis.

Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan, tetapi jenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman pemerintahan Queen Victoria. J.B Perere, Mejer Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tomkins telah menubuhkan kelab tenis yang pertama pada 1872, iaitu Kelab Leamington,Perancis. Pada masa itu Tenis dikenali sebagai peloto atau lawn rackets. Mejer Walter Clopton Wingfield pada tahun 1874 telah memperkenakan secara komersial dengan nama sphairistike melalui bukunya, New and Improved Court for Playing the Ancient Game Of Tennis. Pada awalnya dikenali sebagai sphairistike, kemudian ditukar semula namanya kepada lawn tennis.

Dalam tahun 1874, permainan tenis ialah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr.James Dwight dan F.R Sears. All England Croquet Club pula ditubuhkan pada tahun 1868 dan dua tahun kemudian ia membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Kelab ini juga bersetuju memperuntukkan sebahagian daripada tanahnya untuk permainan tenis dan badminton pada tahun 1875. Satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah dicipta. Amerika Syarikat telah menubuhkan kelab tenis yang pertama di Pulau Staten. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput bermula pada tahun 1877 yang dikenali sekarang sebagai Kejohanan Wimbledon. Kejohanan ini telah menarik 21 pemain orang permain. Jaguh pertama ialah Spencer William Gore yang mengalahkan William Marshall.

0 comments:

Post a Comment