Jenis-jenis Keagresifan
Apabila diperhatikan perlakuan agresif yang ditunjukkan oleh pemain yang terlibat dalam sukan, kita akan dapati perlakuan itu didorong oleh beberapa sebab tertentu. Untuk memudahkan pemahaman terhadap keagresifan, perlulah dijelaskan jenis-jenis keagresifan yang wujud dalam sukan.
1. Keagresifan Ketara
Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.
Sebagai contoh, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan. Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.
2. Keagresifan Instrumental
Keagresifan instrumental merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain, bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai ”instrumental” ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.
Sebagai contoh, tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.
Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif di atas sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan mana-mana jenis sukan. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat profesional perlu dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain muda.
3. Tindakan Asertif
Jenis tindakan asertif ini sering kali disalahtafsirkan maksudnya kerana jarang sekali digunakan istilah ini dalam konteks sukan. Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.
Sebagai contoh, penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan “bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.
Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada pelakuan itu dianggap sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak ditangan pengadil. Adalah amat sukar untuk menentukan dan menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan sesuatu dalam konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open skills).
The King Casino and Resort
ReplyDeleteThe king casino and resort features หารายได้เสริม a modern ventureberg.com/ casino with everything sol.edu.kg you'd expect https://deccasino.com/review/merit-casino/ from a classic Vegas Strip casino. The resort features 50000 square feet of Funding: $250 millionDesign: Inspired DesignMasters: communitykhabar Ivan Karaszko