Terdapat 3 jenis otot manusia iaitu otot rangka, otot kardium dan otot licin.
Otot rangka
Otot rangka melekat pada tulang dan berfungsi untuk menggerakkan tulang (rangka). Apabila dilihat dengan mikroskop, otot ini kelihatan berjalur-jalur. Otot ini bersifat voluntari kerana ia boleh digerakkan mengikut kehendak kita. Otot rangka mengandungi banyak serat otot yang memanjang dan selari antara satu sama lain. Setiap serat otot dikelilingi oleh membran yang disebut sarkolema. Di serat otot, terdapat struktur yang dikenali sebagai miofibril. Miofibril terdiri daripada dua struktur yang lebih kecil, disebut miofilamen. Miofilamen yang nipis dinamai aktin dan yang tebal miosin. Interaksi aktin dan miosin dan beberapa komponen lain di otot inilah yang menyebabkan terjadinya kontraksi dan pengenduran otot.
Otot kardium
Otot kardium atau otot jantung ialah otot yang berkaitan dengan jantung. Sebahagian otot kardium terdiri daripada otot yang bercirikan otot jalur dan sebahagian lagi bercirikan otot licin. Walaubagaimanapun ia bersifat tak voluntari. Gentian-gentian otot kardium adalah berjalur dan mengandungi satu nukleus. Otot ini berdenyut secara automatik dan tidak dapat dikawal.
Otot licin
Otot licin ialah otot tidak berjalur yang terdiri daripada helaian gentian halus dan menirus. Otot ini tersusun secara padat yang selari antara satu sama lain dalam satu berkas tisu penghubung. Setiap gentian otot merupkan sel tunggal yang mengandungi satu nukleus dan banyak fibril halus yang boleh mengecut. Otot licin dikawal oleh bahagian sistem saraf luar kawal dan proses pengecutan dan pengenduran berlaku dengan perlahan. Otot licin juga bersifat tak voluntari. Otot licin terdapat pada dinding salur pencernaan, pundi kencing,, salur-salur darah, iris mata dan kelenjar dermis bawah kulit serta organ-organ dalaman lain
0 comments:
Post a Comment