Pages

Tuesday, January 4, 2011

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Definisi

Astrand (1970) mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai isipadu oksigen maksimum yang digunakan semasa aktiviti fizikal.



Kadar pengambilan oksigen yang maksimum seseorang adalah dianggap petunjuk terbaik bagi menentukan daya tahan kardiovaskular.

Kadar ini atau kuasa aerobic maksimum didefinisikan sebagai jumlah oksigen maksimum di mana seseorang berupaya untuk menggunakan semasa aktiviti fizikal.

Menurut Collingwood,T.R. et.al (1995:87), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kebolehan tubuh badan menghantar oksigen ke seluruh anggota badan untuk menghasilkan tenaga bagi digunakan untuk menjalankan aktiviti.

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan system kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intersiti kerja yang ringan atau sederhana. Daya tahan kardiovaskular juga merupakan komponen yang paling penting dalam profil fisiologi manusia. Ini disebabkan ia melibatkan daya tahan aerobic dan anaerobic. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi salur darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan pengeluaran darah yang kaya dengan oksigen untuk membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti berat yang berterusan.

Contoh ujian Daya Tahan Kardiovaskular

1. Naik Turun Bangku 3 Minit.
2. Ujian Bleep.
3. Rockport Fitness Walking Test’.
4. 12 Minit Cooper’s – Ujian Berlari/Berjalan.
5. Larian 600 Ela.
6. Harvard Step Test.

0 comments:

Post a Comment