Pages

Saturday, January 22, 2011

TENIS 2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1- Adalah salah jika kaki pemain menyentuh atau memijak garisan belakang semasa melakukan servis.

2- Percubaan servis dikira jika pemain menghayun raketnya dan tidak dapat memukul bola yang dilambungkan dan bola jatuh ke lantai / tanah.
3- Semasa permainan, jika bola menyentuh atas jaring dan masuk ke gelanggang yang sepatutnya, permainan diteruskan kecuali bola servis.
4- Bola dianggap ‘bola mati’ jika melantun bagi kali yang kedua sebelum dipukul. (peraturan ini sama dalam permainan pingpong.)
5- Bola mesti melintasi jaring sebelum pemain boleh memukulnya kepada pihak lawan.
6- Adalah salah jika mana-mana bahagian badan seseorang pemain atau raketnya menyentuh jaring semasa permainan.
7- Bola yang jatuh atas garisan dikira sebagai dalam kerana garisan adalah sebahagian daripada gelanggang permainan.
8- Bola yang dipukul terkena tiang jaring dan masuk ke gelanggang yang sepatutnya adalah bola sah dan permainan diteruskan.
9- Giliran servis (beregu) ditentukan pada awal setiap set.
• Jika P1 melakukan servis dalam permainan pertama, rakannya P2 akan melakukan servis dalam set yang ketiga.
• Begitu juga apabila servis berpindah tangan kepada pihak lawan.
10- Giliran menerima juga ditentukan pada awal set.
• Jika permainan pertama L1 menerima servis pertama, ini bererti dia juga akan menerima servis pertama dalam permainan ketiga, kelima dan seterusnya.
11- Pilihan gelanggang dan hak untuk memulakan servis atau menerima diputuskan dengan lambungan syiling.

0 comments:

Post a Comment