Pages

Tuesday, January 11, 2011

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN 1

Definisi Keagresifan
Terdapat banyak definisi tentang keagresifan yang diutarakan oleh para penyelidik untuk menjelaskannya.



1. Baron dan Richardson ( 1994 ), keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.

Definisi ini menjelaskan bahawa keagresifan ialah ;
i. Perlakuan yang bermatlamat ( mempunyai niat )
ii. Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal atau psikologikal.
iii. Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecederaan.


2. Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan.


Berdasarkan definisi ini, terdapat sedikit persamaan dengan definisi yang diutarakan oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif.

0 comments:

Post a Comment