Pages

Friday, January 7, 2011

REJAM LEMBING 2

LARIAN AWAL

Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakn dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu.



Untuk itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi mantal juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan larian awal ini.

1. Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan kedua-dua belah
kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing
mengikut cara pegangan yang telah dipelajari.
2. Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal dilakukan
daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya membuat check-mark
seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang.
3. Peserta meletekkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing
dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia
hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing.
4. Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah menggunakan mana-mana kaki
mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana.
5. Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal
direjamkan, tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya.
6. Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang penanda arc
dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing sambil
berlari, badan condong sedikit ke belakang.

PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN
Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acra merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini. Harus diingat iaitu peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi penenda arc. Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu. Berikut adalah perkara-[erkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan peringkat ini.

1. Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta hendaklah cuba membuka
atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh.
2. Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa
menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat
lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan
badan.
3. Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada
permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum.
4. Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan kedudukan badan
semasa larian sehingga membuat rejaman.

PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK
Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc, tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan.
Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini.

1. Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa menyentuh atau
melepasi penanda arc.
2. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga lembing mendarat
atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang disediakan. Pegawai pertandingan akan
menentukan sama ad rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu
mendarat.
3. Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru
dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang-kurangnya peserta dapat melihat
tempat pendaratan.

0 comments:

Post a Comment