Pages

Friday, January 7, 2011

LEMPAR CAKERA 1

PENGENALAN

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.



Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.
Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya


JENIS DAN BENTUK CAKERA

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.
Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pert"andingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya.


KAWASAN LEMPARAN CAKERA

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.
Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.


CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.


PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

0 comments:

Post a Comment