Pages

Friday, January 7, 2011

REJAM LEMBING 1

CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN

Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam o;eh peserta lelaki ataupun wanita.



Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acaraini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut:

1.Cara memegang lembing.
2.Larian awal.
3.Peringkat rejaman lembing.
4.Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak.
5.Peringkat mengundurkan diri

CARA MEMEGANG LEMBING

Oleh sebab ini memerlukan setiap peserta menggunakan sesuatu alat khusus, iaitu lembing untuk menyertai pertandingan, maka peserta pertama yang harus dilakukan oleh peserta itu ialah mendapatkan lemning dan mengetahui cara memegang lembing. Menerusi latihan dan perlakuan yang berulang-ulang, peserta harus dapat memahirkan diri dengan pegangan yang dianggap paling selesa dan sesuai supaya mereka dapat melakukan rejaman dengan baik dan berkesan.
Pegangan lembing penting dari dua aspek, iaitu aspek keselesaan untuk mendapatkan jarak yang sejauh mungkin dan aspek keselamatan yang juga berpunca atau ditentukan oleh cara peserta memegang lembing. Jurulatih atau guru pengawas hendaklah menekankan kedua-dua aspek ini semasa mejalankan latihan kepada peserta-peserta mereka. Dengan menguasai aspek-aspek ini, maka peserta itu kini sudah bersedia untuk melakukan rejaman.
Umumnya, terdapat tiga cara atau kaedah memegang lembing yang biasa dan sering digunakan oleh hamper semuapeserta acara ini, termasuk peserta wanita. Sebelum peserta dapat memilih cara pegangan yang sesuai, adalah perlu dia didedahkan kepada ketiga-tiga cara pegangan ini supaya dia dapat membezakan cara pegangan menerusi pengalaman iaitu dengan melakukan sendiri perlakuan itu. Perkara ini penting didedahkan kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini kerana jika seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu cara dia akan terus menggunakan cara atau kaedah itu.

CARA PEGANGAN 1
Dalam kaedah pegangan lembing pertama ini peserta akan memegang lembing di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain. Tangan peserta hendaklah berada pada tempat pegangan dengan menadahkan tapak tangan ke atas untuk mendapatkan lembing. Kemudian ibu jari akan memegang sambil menggenggam lembing, manakala tiga jari lain turut memegang sambil memberikan sokongan kepada pegangan itu.
CARA PEGANGAN 2
Dalam kaedah pegangan lembing ini peserta memegang lembing di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. Untuk melakukan pegangan peserta meletakkan lembing di atas tapak tangan pada kedudukan di antara jari hantu dan jari manis. Manakala jari kelengkeng bertindak memberi sokongan bagi mengemaskan pegangan. Cra ini mungkin kurang sesuai bagi sesetengah peserta, tetapi boleh dicuba sekiranya cara ini memberi keberkesanan kepada peserta.

CARA PEGANGAN 3
Dalam kaedah ini, lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu jari-jari lain. Untuk melakukan pegangan ini, peserta memegang lembing pada tampat pegangan yang ditetapkan iaitu pada tapak tangan. Lembing diletak di antara jari telunjuk dengan jari hantu, sambil dibentuk oleh ibu jari pada sebelah lembing dan dua jari lain di seblah lain. Cara pegangan ini boleh digunakan oleh semua peserta.
Cara pegangan lembing adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta itu sendiri. Terserahlah kepada peserta untuk mendapatkan kedudukan lembing sama ada di bawah atau di atas bahu. Jika lembing dipegang dan dibawa dari bawah bahu, ini bermakna peserta akan melakukan rejaman menggunakan teknik bawah bahu, dan jika lembing dipegang pada atas aras bahu, ini bermakna peserta akan membuat rejaman menggunakan teknik atas bahu. Pegangan ini hendaklah disesuaikan dengan larian yang bakal dilakukan peserta.

0 comments:

Post a Comment