Pages

Saturday, March 26, 2011

PERALATAN

JARING

1- Jaring direnggangkan antara 2 tiang (menggunakan tali benang ataupun kabel) yang ditutupi oleh kain pita selebar 2 – 2 ½ (5cm – 6.3 cm).
2- Jaring diregangkan ditengah-tengahnya menggunakan ambin kulit selebar 2 inci (5cm) dan ditanamkan kuat-kuat ke tanah.
3- Tinggi jaring ditentukan dengan alat pemusing pada tiang dan akhirnya dikunci dengan skru.
4- Jaring hendaklah digulung semula setelah permainan tamat supaya tiangnya dapat kembali kepada kedudukan asal.

BOLA

Peraturan 3 mentakrifkan berat, saiz, lantunan dan padatan bola menentukan bahawa permukaan luarnya hendaklah uniform. Keadaan bola yang telah lama dan licin kerana selalu dimainkan adalah sukar dikawal. Keadaan bola seperti ini menyebabkan pemain-pemain mendapati sukar membuat pukulan yang tepat dan justeru berasa kurang yakin dalam permainannya.



RAKET

Tiada peraturan khusus tentang raket tetapi cadangan berikut boleh dijadikan panduan.

- berat (lelaki) 13 ½ hingga 14 oz (337-350g)
- berat (wanita) 13 hingga 13 ½ oz (325- 275g)
- raket yang terlalu ringan akan mengurangkan daya pukulan.
- Kanak-kanak 9-11 oz(225- 275g)

Pangkal raket yang lebih berat dapat memberi pertolongan terhadap pukulan atas tanah sementara yang lebih ringan akan membantu pula dalam pukulan di udara. Raket-raket yang disukai ialah yang mempunyai imbangan di tengah-tengahnya. Pemegang yang besar juga menjadi pilihan utama pemain. Yang penting raket haruslah selesa dipegang. Kebanyakan raket mempunyai pemegang yang dibaluti dengan kulit yang menyebabkan rasa keselesaan apabila memegangnya.
Tali usus lebih tahan dan lebih mahal harganya tetapi kurang tahan jika dibandingkan dengan tali tiruan. Raket hendaklah disimpan di tempat yang sejuk. Gunakan bingkai penekan apabila tidak digunakan untuk mengelakkan raket itu menjadi bengkok. Jangan disimpan terlampau lama dalam pembalut tidak kalis air.

0 comments:

Post a Comment