Pages

Friday, December 31, 2010

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Apakah pendidikan pergerakan ?

Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Oleh kerana pendedahan mengenainya tidak begitu berkembang dikalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah menengah, maka bidang ini ditinggalkan begitu sahaja.
Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini.

Wednesday, December 29, 2010

LOMPAT TINGGI



Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

KAEDAH LATIHAN SUAIAN FIZIKAL

Prinsip-prinsip Latihan

Latihan adalah satu proses yang sistematik dan mempunyai objektif untuk meningkatkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang terancang. Ia adalah satu proses jangkamasa panjang yang progressif dan yang mengambil kira keperluan dan kebolehan individu.

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MANIPULASI ALATAN.

PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.